Thursday 9 August 2012

PERTANDINGAN POSTER 5S

Pertandingan Poster 5S

Tarikh:10 Ogos 2012 (Jumaat)
Masa: 7.45 - 10.45 pg.
Tempat: Kantin sekolah

Setiap kelas wajib menghantar 2 orang wakil.
Bahan/media adalah bebas.


Pertandingan dibuka mengikut 6 Kategori:
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Tingkatan 6



Gotong-royong 5S

Pengumuman:
Aktiviti gotong-royong 5S akan diadakan pada 10 Ogos 2012 (Jumaat).
Aktiviti akan bermula selepas waktu rehat.

Sunday 8 July 2012

PERTANDINGAN KELAS 5-BINTANG 2012

Terbuka kepada semua kelas di SMK Alam Megah. Tempoh bermula 1 Julai hingga 30 September 2012. Kelas akan dinilai dua kali seminggu oleh panel penilai yang dilantik menggunakan Borang Penilaian Kelas 5 Bintang. Pada setiap hujung bulan, kelas-kelas yang layak akan diumumkan sebagai Kelas 3-Bintang, 4-Bintang atau 5-Bintang.

Sijil pencapaian akan dikeluarkan dan setiap kelas yang menang perlu menggantungkan sijil di dalam kelas. Kelas yang dapat mengumpul sijil terbanyak bagi kategori tertinggi (5-Bintang) akan muncul sebagai juara.

Keputusan adalah muktamad.

Selamat berjaya. Jom amalkan 5S!

Sunday 17 June 2012

PELANCARAN 5S @ SMKAM 2012


Majlis Pelancaran 5S SMKAM

Pada 4/5/12 yang lalu SMKAM telah mengadakan majlis pelancaran Amalan 5S.


 OBJEKTIF AMALAN 5S SMK ALAM MEGAH

  • Mewujudkan persekitaran sekolah kelas pertama yang bersih, selamat dan sistematik
  • Menghasilkan kualiti kerja, perkhidmatan dan produk yang cemerlang
  • mengaamalkan kerja berpasukan dan berkomunikasi secara terbuka, membina idea-idea krestif dan mengutamakan semua warga sekolah
  • Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dalam kalangan SMK Alam Megah